Sunday, March 24, 2013

Kata sendi nama "dari"

Fungsi dan contoh penggunaan Kata Sendi Nama dalam bahasa Melayu

Fungsi di sini merujuk kepada tugas sendi nama sehubungan dengan kedudukannya dalam ayat. 


Sendi nama" dari"

Sendi nama dari digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan masa/waktu, arah atau tempat. Sendi nama dari menunjukkan tempat datang, tempat mulai bergerak,tempat yang ditinggalkan. Sendi nama dari juga digunakan pada perkataan-perkataan yang menunjukkan masa. Contoh penggunaan sendi nama dari seperti berikut:

1. Helmi keluar dari kelas selepas loceng berbunyi.


2.Encik Sugiman berasal dari Indonesia.


3.Marina menunggu sahabatnya di stesen bas dari pukul dua petang hingga sekarang.


4.Kami bersalaman sebaik sahaja aku keluar dari rumahnya.


5.Orang tua itu merantau dari Lahad Dato ke Kuala Lumpur.


6.Puan Rosnah memulakan kerja pembersihan dari sudut kanan dewan.


7.Angin kencang bertiup dari arah selatan.


8.Kereta itu membelok dari kanan ke kiri.


9.Haiqal menendang bola dari penjuru padang. 


10.Ayah dan ibu baru sampai dari Singapura.

No comments:

Post a Comment