Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai.
1. Kathiravan mengambil sekeping roti berkrim sebagai _______sebelum pergi ke sekolah.
A ikat perut B alas perut C isi perut D perut kosong
2. Penduduk Kampung Semerah Padi _______kerana mereka mendapat bayaran pampasan
yang tinggi daripada pihak kerajaan.
A bagai bulan jatuh ke riba C bagai duri dalam daging
B bagai kaca terhempas ke batu D bagai ayam disambar helang
3. Mak Jah hidup susah dan terbiar kerana tidak dipedulikan oleh anak-anak dan jiran
tetangganya_________.
A seperti rumput di tepi jalan C seperti tikus jatuh ke beras
B seperti mendukung biawak hidup D seperti sudah jatuh ditimpa tangga
4. Setelah berjaya menjawat jawatan yang tinggi di sebuah firma, Farid telah melupakan
ibu bapanya di kampung seperti_________.
A enau dalam belukar C kacang lupakan kulit
B aur dengan tebing D dakwat dengan kertas
5. Encik Hisyam memastikan semua anaknya mendapat didikan agama yang mencukupi
kerana baginya ________.
A tepuk dada tanya selera C segan bertanya sesat jalan
B harapkan pagar, pagar makan padi D melentur buluh biarlah daripada rebungnya
Maklumat yang baik dan berguna..T,Kasih
ReplyDelete