Tuesday, September 10, 2013
Friday, May 3, 2013
Boria
Tema: Kesihatan
Tajuk : Cegah Sebelum Parah
Boria - Benci Dadah
Assalamualaikum, salam sejahtera
Salam 1 Malaysia buat semua
Warga SK Seri Setia ingin bicara
Bahaya dadah kepada manusia
Masalah dadah amat membimbangkan
Waspada selalu jangan diperdayakan
Perangi dadah habis-habisan
Demi negara yang kita sayang
Morfin, heroin, syabu dan ganja
Itulah dadah yang amat bahaya
Elakkan diri dari mengambilnya
Sayangi nyawa sayangi keluarga
Ramai yang HIV itu akibatnya
Mengambil dadah tiada batasnya
Hidup sengsara disisih keluarga
jadilah mereka bangkai bernyawa
Agensi Anti Dadah amat proaktif
Pelbagai kempen telah dilaksana
Generasi muda harus waspada
Bebaskan diri dari dadah durjana
Wahai teman,sahabat dan taulan
Bicara kami jadikan pedoman
SK Seri Setia ingin kongsikan
Benci pada dadah realitikan
Lirik ini saya gubah untuk murid-murid Tahun 5 Wira SK Seri Setia sempena Hari PPDa peringkat sekolah.

Thursday, May 2, 2013
Pelbagai Manfaat Bunga
Bunga Kantan
Bunga kantan digunakan sebagai bahan masakan terutama dalam masakan asam pedas dan kuah laksa. Aroma bunga kantan yang terdapat dalam masakan dapat membuka selera.
Bunga Roselle
Bunga roselle boleh diproses menjadi jus minuman. Bunga roselle mengandungi kandungan vitamin C yang tinggi. Selain menjadi perasa minuman, jus roselle juga dapat menyejukkan badan dan melancarkan proses penghadaman.
Bunga Melur
Bunga melur mempunyai bau yang sangat wangi.Pati bunga melur digunakan dalam pembuatan minyak wangi. Minyak wangi daripada bunga melur dapat mewangikan badan.

Wednesday, April 24, 2013
Pulihara Tinggalan Sejarah
Terdapat pelbagai tinggalan sejarah di negara kita. Antaranya termasuklah bangunan kota dan artifak. Tinggalan sejarah menjadi bukti peristiwa yang berlaku pada masa silam dan menjadi bahan sejarah bangsa. Oleh itu, kita perlu memulihara bahan sejarah.
Beberapa langkah perlu dilakukan bagi memenuhi tujuan tersebut. Langkah pertama adalah dengan cara mewartakan bahan sejarah tersebut. Apabila bahan itu diwartakan, bahan itu dilindungi oleh undang-undang. Sesiapa yang merosakkan bahan tersebut akan dikenakan undang-undang.
Selain itu,bahan sejarah hendaklah dibaik pulih. Kerja baik pulih perlu dilakukan dengan berhati-hati agar struktur dan bentuk asalnya terpelihara. Malah, bahan yang hendak digunakan dalam kerja baik pulih perlulah sesuai dengan bahan sejarah tersebut.
Bahan sejarah juga perlu dimanfaatkan. Untuk tujuan ini, bahan sejarah ini perlu dijaga untuk kepentingan umum. Sebagai contoh, sesetengah bangunan bersejarah dijadikan muzium untuk dikunjungi oleh orang ramai.
Sesungguhnya, tinggalan sejarah menjadi bukti
penting bagi sesuatu fakta sejarah dan perlu dipulihara untuk tatapan generasi akan datang.

Tuesday, April 23, 2013
Peribahasa
Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai.
1. Kathiravan mengambil sekeping roti berkrim sebagai _______sebelum pergi ke sekolah.
A ikat perut B alas perut C isi perut D perut kosong
2. Penduduk Kampung Semerah Padi _______kerana mereka mendapat bayaran pampasan
yang tinggi daripada pihak kerajaan.
A bagai bulan jatuh ke riba C bagai duri dalam daging
B bagai kaca terhempas ke batu D bagai ayam disambar helang
3. Mak Jah hidup susah dan terbiar kerana tidak dipedulikan oleh anak-anak dan jiran
tetangganya_________.
A seperti rumput di tepi jalan C seperti tikus jatuh ke beras
B seperti mendukung biawak hidup D seperti sudah jatuh ditimpa tangga
4. Setelah berjaya menjawat jawatan yang tinggi di sebuah firma, Farid telah melupakan
ibu bapanya di kampung seperti_________.
A enau dalam belukar C kacang lupakan kulit
B aur dengan tebing D dakwat dengan kertas
5. Encik Hisyam memastikan semua anaknya mendapat didikan agama yang mencukupi
kerana baginya ________.
A tepuk dada tanya selera C segan bertanya sesat jalan
B harapkan pagar, pagar makan padi D melentur buluh biarlah daripada rebungnya

Monday, April 22, 2013
Pantun "Negaraku Tercinta"
Burung helang terbang rendah,
Menangkap ikan di tengah kota;
Jalur Gemilang berkibar megah,
Lambang kebanggaan negara tercinta.
Asam paya di dalam guni,
Dibawa dari Pengkalan Hulu;
Rakyat Malaysia hidup harmoni,
Bekerjasama berganding bahu.
Wilayah Putrajaya indah berseri,
Ditanam bunga berwarna-warni;
1 Malaysia slogan Perdana Menteri,
Sentiasa dilaung di sana sini.
Rakyat berkumpul di Taming Sari,
Menyambut merdeka di kota Melaka;
Malaysia terdiri daripada 14 negeri,
Negara aman, bebas dan merdeka.
Tanam peria di pinggir kali,
Petik sebiji buat bekalan;
Negara ceria, indah sekali,
Nilai murni menjadi amalan.
Sunday, April 21, 2013
Ceria Minda
Kata kerja ini sering mengelirukan murid. Teliti gambar untuk menambah kefahaman anda.
Menjinjing atau membimbit sebaldi air
Memikul
Memikul
Mengandar
Menjulang
Menjunjung
Saturday, April 20, 2013
Kata Ganda
Isi tempat kosong dengan kata ganda yang sesuai.
1. Pawagam menjadi ________ setelah lampu dipasang menandakan filem telah selesai
ditayangkan.
A riuh-rendah B gelap-gelita C porak-poranda D terang-benderang
2. Baju Arif ________ kerana terkena warna air ketika mewarna.
A comot-momot B koyak-rabak C serba-serbih D compang-camping
3. Setiap hari kami terpaksa ________ di kawasan perkuburan itu kerana jalan itu merupakan
jalan pintas.
A ulang-alik B bolak-balik C mundar-mandir D lalu-lalang
4. Razman berjalan ________ ke sekolah kerana kakinya terseliuh akibat terjatuh dari tangga
semalam.
A terkial-kial B tersekat-sekat C terhuyung-hayang D terhincut-hincut
5. Operasi mencari dan menyelamat nahas helikopter telah diserahkan kepada pasukan
Renjer kerana mereka lebih mengetahui________ hutan simpan itu.
A simpang-siur B selok-belok C lekak-lekuk D hiruk-pikuk

Friday, April 19, 2013
Kebudayaan Malaysia
Tema : Kebudayaan Malaysia
Tajuk : Tarian Zapin
Negara kita kaya dengan seni budaya warisan seperti tarian tradisional. Tarian zapin sangat popular di negeri Johor. Tarian zapin merupakan tarian yang masih digemari hingga sekarang.

Kata Kerja
Isi tempat kosong dalam ayat-ayat dengan jawapan yang tepat.
1. Peniaga itu ________keuntungan dengan mengenakan harga jualan yang tinggi kepada
pelanggan-pelanggannya.
A meraih B mencapai C mengumpul D mengais
2. Banduan itu terpaksa ________ di penjara selama lima tahun akibat kesalahan mencuri.
A menetap B menginap C meringkuk D menumpang
3. Anggota polis trafik akan ________ pemandu yang melanggar undang-undang jalan raya.
A mendenda B memarahi C menyaman D menasihati
4. Semua murid di dalam kelas Enam Wira _________ untuk mendapat 5A dalam Ujian
Penilaian Sekolah Rendah.
A berebut B bersaing C berjuang D berlawan
5. Pemain bola sepak pasukan Sekolah Kebangsaan Seri Setia ________ piala yang
dimenangi oleh mereka sambil mengelilingi padang.
A menjunjung B menjulang C menatang D memikul

Struktur Ayat
Pilih ayat yang betul.
1. A Ibu menyembelih ikan keli di dapur.
B Ibu menyiang ikan keli di dapur.
C Ibu menjerang ikan keli di dapur.
D Ibu memancing ikan keli di dapur.
2. A Kak Nita sedang memasak nasi di dapur.
B Kak Nita sedang membakar nasi di dapur.
C Kak Nita sedang memanggang nasi di dapur.
D Kak Nita sedang menanak nasi di dapur.
3. A Jangan bersandar pada dinding yang baru dicat itu.
B Jangan bersandar di dinding yang baru dicat itu.
C Jangan bersandar ke dinding yang baru dicat itu.
D Jangan bersandar dengan dinding yang baru dicat itu.
4. I Para-para peserta dikehendaki mendaftarkan diri pada hari Ahad depan.
II Azmi mencatat segala barang-barang yang hendak dibeli.
III Mahani sekeluarga tinggal sehelai sepinggang selepas kebakaran itu.
IV Berbagai-bagai jenis makanan dijual di gerai itu.
A I dan III sahaja B II dan IV sahaja C III dan IV sahaja D I, II dan III sahaja
5. I Sekumpulan murid sedang berkawad di padang.
II Di hujung padang itu terdapat sekawan kambing.
III Semua murid-murid harus mematuhi peraturan sekolah.
IV Di pangkal pokok rambutan itu terdapat banyak semut hitam.
A I dan II sahaja B III dan IV sahaja C I,III dan IV sahaja D I, II dan IV sahaja

Thursday, April 18, 2013
Buah Seribu Khasiat
Tema : Pertanian
Tajuk : Buah Naga
Pokok buah naga serumpun dengan kaktus. Oleh sebab itu, tumbuhan ini tidak memerlukan air yang banyak untuk hidup. Pokok naga ini akan hidup subur di kawasan tanah berpasir. Selain itu, pokok ini ditanam secara organik, iaitu tanpa menggunakan sebarang baja kimia atau racun serangga.
Pada usia seawal enam bulan, tumbuhan ini akan mula berbunga. Tumbuhan ini berbuah sepanjang tahun tetapi akan berbuah dengan lebat serta bersaiz lebih besar sekiranya mendapat taburan hujan yang sangat banyak. Ada sesuatu yang unik tentang tumbuhan ini. Bunga buah naga ini hanya akan berkembang pada sebelah malam dan mula menguncup pada sebelah paginya. Buahnya pula boleh mencapai berat antara 150 gram hingga 500 gram.
Buah naga kaya dengan vitamin C dan beta kerotin. Buah ini bukan sahaja sedap dimakan mentah, malah dapat dijadikan jem, jus atau sirap. Buah naga kaya dengan pelbagai khasiat terutamanya dalam membantu sistem penghadaman, mencegah kanser usus besar dan penyakit diabetes serta merendahkan tekanan darah tinggi. Selain itu, buah naga dapat meneutralkan keracunan sumber logam, mengurangkan kolestrol, meringankan penyakit asma dan melegakan batuk.

Kata majmuk yang telah mantap
Kata majmuk yang telah mantap dieja dengan satu perkataan walaupun perkataan tersebut ternyata mengandungi dua kata dasar.
Contoh ; antarabangsa pesuruhjaya
bumiputera setiausaha
jawatankuasa sukaneka
kakitangan kerjasama
suruhanjaya tanggungjawab
tandatangan matahari
warganegara sukarela
Contoh ; antarabangsa pesuruhjaya
bumiputera setiausaha
jawatankuasa sukaneka
kakitangan kerjasama
suruhanjaya tanggungjawab
tandatangan matahari
warganegara sukarela
Wednesday, April 17, 2013
Sinonim
Pilih perkataan yang sama maksud dengan perkataan yang bergaris.
1. Ketika fajar menyinsing, kedengaran bunyi kicauan burung dan kokokan ayam dari desa itu.
A petang B senja C malam D subuh
2. Encik Halim sekeluarga akan berhijrah ke Kelantan pada bulan hadapan.
A beralih B berpindah C bertandang D berangkat
3. Bas yang membawa tiga puluh penumpang itu terjunam ke dalam gaung sedalam dua puluh
meter.
A terlajak B terjatuh C tergelincir D terperosok
4. Hujan lebat yang turun sejak semalam telah menenggelamkan beberapa buah kampung di
daerah itu.
A kelmarin B hari ini C esok D lusa
5. Rakyat Malaysia yang berbagai-bagai bangsa hidup dalam suasana yang harmoni dan
saling membantu.
A berkira B berbilang C bermasyarakat D berkaum-kaum

Kata yang tepat
Isi tempat kosong dengan pilihan yang betul.
1. Ubat ini amat _________ untuk sakit gigi.
A hebat B mujarab C berperisa D berkhasiat
2. Perempuan muda itu ________ dua baldi air di kiri dan kanan tangannya.
A membimbit B memegang C mengandar D mengangkut
3.Ranting-ranting pokok yang menghalang laluan itu telah _________ oleh Pak Abu.
A ditakik B ditebas C ditebang D dicantas
4. Kenderaan awam yang melalui jalan itu _________ beberapa jam akibat kemalangan jalan
raya.
A terhenti B tersekat C terkandas D terhumban
5. Rancangan hiburan yang menjadi _________ ramai itu tidak lagi ditayangkan di televisyen.
A kecenderungan B kesukaan C keasyikan D kegilaan

Tuesday, April 16, 2013
Arnab Berekor Kontot
Ada seekor buaya tinggal di sebatang sungai.. Di tebing sungai itu tinggal binatang lain seperti monyet,kerbau, kambing, lembu dan seekor arnab.Pada masa itu, arnab mempunyai ekor yang panjang seperti ekor musang. Timbul keinginan di hati buaya hendak makan arnab.
Buaya membuat helah dengan memanggil arnab untuk makan bersama-samanya. Arnab tidak tahu akan niat jahat buaya itu.Arnab pun melompat ke arah buaya sambil memakan rumput di situ. Buaya membuka mulutnya lalu menangkap arnab. Tangkapannya tidak begitu tepat. Arnab amat terperanjat tetapi tidak mudah tenggelam punca.
Arnab mendapat satu akal. Arnab berkata bahawa buaya tidak boleh mengaum seperti harimau. Buaya naik angin dan ingin menunjukkan kebolehannya mengaum. Buaya pun membuka mulutnya untuk mengaum. Arnab pun segera melompat keluar dari mulut buaya.
Sebahagian ekor arnab yang panjang itu sahaja dapat ditangkapnya. Arnab meronta-ronta sehingga ekornya terputus. Arnab berekor kontot hinggalah sekarang.

Teka Silang Kata
Permainan Bahasa - Teka Silang Kata .
http://btpnkl.edu.my/cerdiknet/bahan/b_melayu/Thn6/bmtp_th6_05.htm

Monday, April 15, 2013
Kata Penguat
Kata penguat sebagai penanda adjektif terbahagi kepada tiga iaitu:
a) penguat depan - agak, begitu, demikian, lebih, paling dan terlalu yang letaknya di depan
adjektif.
Contoh: agak besar
begitu jelas
demikian mudah
lebih terang
paling tinggi
terlalu yakin
b) penguat belakang - benar, betul, nian, dan sekali yang letaknya di belakang kata adjektif.
Contoh: mahal betul
indah nian
bodoh benar
jauh sekali
c) penguat bebas - sungguh, amat dan sangat yang letaknya boleh di depan atau di
belakang kata adjektif.
Contoh: amat kurus atau kurus amat
sangat mahal atau mahal sangat
sungguh cantik atau cantik sungguh

Kata Ganti Diri
Kata ganti diri ialah kata yang digunakan untuk mengganti kata nama orang. Kata ganti diri terbahagi kepada;
i) Kata ganti diri pertama
aku, beta, daku, hamba, kita, kami, patik, saya
ii)Kata ganti diri kedua
anda, awak, dikau, engkau, kalian, kamu, tuanku
iii)Kata ganti diri ketiga
baginda, beliau, dia, ia, mereka.

Thursday, April 11, 2013
Permainan Congkak
Tema : Kebudayaan
Tajuk: Permainan Tradisional - Permainan Congkak
Negara kita kaya dengan seni budaya warisan seperti permainan tradisional. Antara
permainan itu termasuklah permainan congkak. Permainan tradisional dimainkan oleh generasi dahulu sebagai hiburan. Permainan tradisional juga dapat mengeratkan silaturahim. Oleh sebab itu, permainan tradisional ini perlu diperkenalkan kepada generasi sekarang.
Monday, April 8, 2013
Ayat Sama Maksud
Ayat Sama Maksud
- Menentukan ayat yang sama maksud merupakan satu daripada aspek penggunaan bahasa atau tatabahasa yang disoal dalam UPSR.
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang bergaris.
1. Diana menyelesaikan kerja yang diberikan oleh Cikgu Emylia dalam masa setengah jam sahaja.
A Semua kerja yang diberikan oleh Cikgu Emylia setengah jam yang lepas telah disiapkan oleh Diana.
B Kerja setengah jam itu akan diselesaikan oleh Diana seperti yang diarahkan oleh Cikgu Emylia.
C Dalam masa setengah jam, kerja yang diberi oleh Cikgu Emylia dapat disiapkan oleh Diana.
D Kerja yang diberi oleh Cikgu Emylia telah setengah jam yang lalu disiapkan oleh Diana.
2. .Pemuda itu dilanggar motosikal semasa dia melintas jalan raya.
A Jalan raya yang dilintasi oleh pemuda itu sering berlaku kemalangan yang membabitkan pejalan kaki
dengan motosikal.
B Jalan raya yang dilintasi oleh pemuda itu sering berlaku kemalangan yang membabitkan pejalan kaki
dengan motosikal.
C Semasa pemuda itu hendak melintasi jalan raya, dia terlanggar motosikal.
D Semasa pemuda itu hendak melintasi jalan raya, dia dilanggar motosikal.
3. Zaman remaja merupakan satu tempoh kehidupan yang diselubungi oleh harapan, cabaran dan ketegangan
yang tertentu.
A Masalah ketegangan telah menyebabkan remaja tiada harapan dan cabaran.
B Harapan, cabaran dan ketegangan merupakan masalah yang biasa dalam tempoh kehidupan alam
remaja.
C Remaja diselubungi cabaran dan harapan kerana ketegangan dalam kehidupan.
D Zaman remaja mesti menghadapi pelbagai harapan dan cabaran yang menyebabkan kerungsingan.
4. Akhlak yang baik merupaka manifestasi jiwa yang murni.
A Jiwa yang murni ialah gambaran perlakuan yang mulia.
B Jiwa yang murni sebati dengan akhlak yang sempurna.
C Kemurnian jiwa sentiasa bersama akhlak yang sempurna.
D Kemurnian jiwa tidak seiring dengan perlakuan yang sempurna.
5. Dalam era ledakan maklumat dan revolusi teknologi, keperluan untuk menuntut ilmu sebanyak yang
mungkin sudah menjadi begitu penting.
A Ilmu tidak sepenting ledakan maklumat untuk menjadi orang yang berjaya.
B Ilmu pengetahuan sangat penting dalam era ledakan maklumat dan perubahan teknologi.
C Teknologi maklumat tidak terlalu mementingkan ilmu pengetahuan yang banyak.
D Revolusi teknologi dan ledakan maklumat adalah sama dengan ilmu pengetahuan.

Saturday, April 6, 2013
Simpulan Bahasa
Pilih jawapan yang betul.
1.Sebagai anak perempuan tunggal, Shalini menjadi _______ keluarga Encik Atan. Segala permintaannya
dituruti termasuklah membeli barang-barang mewah.
A anak angkat C anak emas
B anak buah D anak pungut
2.Pelajar yang _______ itu dapat menjawab semua soalan matematik dalam masa dua puluh minit.
A lipas kudung C tawar hati
B tajam akal D telinga lintah
3."Nampaknya saya ________, sampai-sampai sahaja makanan sudah terhidang di atas meja", kata Ahmad
kepada Haji Karim.
A makan angin C durian runtuh
B langkah kanan D tangkai jering
4." Jangan amalkan sikap makan _________,kita hendaklah mempunyai sikap bertanggungjawab
terhadap pekerjaan yang diamanahkan kepada kita", kata pegawai itu.
A makan angin C panas hati
B makan hati D gaji buta
5. Encik Bahar dan isterinya telah dikurniakan _________ setelah lima tahun berkahwin.
A mata air C anak emas
B telinga gajah D cahaya mata

Wednesday, April 3, 2013
Menulis Karangan - Teknik Rantaian Perenggan
Ada pelbagai teknik untuk mengajar murid menulis karangan.Saya telah mengaplikasikan teknik rantaian perenggan.Setiap kumpulan ditugaskan menulis satu perenggan daripada tajuk karangan yang diberi.
Kumpulan 1 - Pendahuluan, Kumpulan 2- Isi pertama, Kumpulan 3- Isi kedua, Kumpulan 4 - Isi Ketiga, Kumpulan 5- Isi Keempat dan Kumpulan 6- Penutup. Selepas itu, wakil setiap kumpulan akan menulis hasil perbincangan dengan mencantumkan perenggan mengikut urutan.Murid membaca perenggan yang telah disiapkan. Guru akan membuat pembetulan jika terdapat kesalahan.Akhir sekali murid menulis karangan ke dalam buku latihan.

Monday, April 1, 2013
Program i - THINK
01 April 2013 Program i- THINK
Program i - THINK bertujuan melahirklan modal insan masa hadapan yang mempunyai pemikiran kreatif, kritis dan inovasi. serta memupuk kemahiran pemikiran aras tinggi dan mampu berdaya saing.
Sebanyak sepuluh buah sekolah di daerah Hilir Perak menjadi perintis program ini dan sekolah saya adalah salah sebuah daripadanya.. Setiap bulan kami akan mengadakan program i - THINK sebanyak dua kali..Beginilah cara kami mengendalikan program tersebut.

Saturday, March 30, 2013
Monday, March 25, 2013
Ejaan
Imbuhan ...kan dan ...an tidak akan berubah apabila diimbuhkan pada kata dasar yang berakhir dengan konsonan k.
Contoh perkataan yang sepatutnya satu k.
1.kebanyakan
2.keburukan
3.kecantikan
4.peletakan
5.percetakan
Contoh perkataan yang sepatutnya dua k.
1. memburukkan
2. memendekkan
3.mencantikkan
4. menunjukkan
5. menampakkan

Sunday, March 24, 2013
Kata sendi nama "dari"
Fungsi dan contoh penggunaan Kata Sendi Nama dalam bahasa Melayu
Fungsi di sini merujuk kepada tugas sendi nama sehubungan dengan kedudukannya dalam ayat.
Sendi nama" dari"
Sendi nama dari digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan masa/waktu, arah atau tempat. Sendi nama dari menunjukkan tempat datang, tempat mulai bergerak,tempat yang ditinggalkan. Sendi nama dari juga digunakan pada perkataan-perkataan yang menunjukkan masa. Contoh penggunaan sendi nama dari seperti berikut:
1. Helmi keluar dari kelas selepas loceng berbunyi.
2.Encik Sugiman berasal dari Indonesia.
3.Marina menunggu sahabatnya di stesen bas dari pukul dua petang hingga sekarang.
4.Kami bersalaman sebaik sahaja aku keluar dari rumahnya.
5.Orang tua itu merantau dari Lahad Dato ke Kuala Lumpur.
6.Puan Rosnah memulakan kerja pembersihan dari sudut kanan dewan.
7.Angin kencang bertiup dari arah selatan.
8.Kereta itu membelok dari kanan ke kiri.
9.Haiqal menendang bola dari penjuru padang.
10.Ayah dan ibu baru sampai dari Singapura.

Labels:
Tatabahasa
Subscribe to:
Posts (Atom)